Sunday 7 July 2013

Biskut Cara Gaul Dan Ramas



Berikutnya anda semua akan memasak biskut iaitu biskut cara gaul ramas seperti yang dinyatakan dalam proforma subjek ini.  Resepi asas bagi biskut berlemak bagi cara gaul dan ramas ini biasanya adalah 1:2, iaitu 1 bahagian lemak bersamaam dengan 2 bahagian tepung. Maka di sini saya upload kan dua resepi asas biskut cara gaul dan ramas untuk anda amali kan di bilik masak nanti.



Biskut Kacang

Bahan-bahan:

125 gm tepung gandum
60 gm mentega
45 gm gula halus
Secubit garam
1 biji kuning telur + 2 cams air sejuk + 1/2 camt esen vanila, dicampur sebati
(putih telur untuk glis pada biskut)
30 gm kacang tanah digoreng dan dibuang kulit dan ditumbuk/dikisar halus

Cara-cara:

1.  Sediakan dulang pembakar, gris dan panaskan ketuhar 180C.
2.  potong mentega kepada ketulan-ketulan kecil menggunakan spatula.
3.  Gaul ramas lemak ke dalam tepung.
4.  Masukkan gula dan ayak kacang ke dalam adunan biskut.
5.  Kacau rata dan masukkan campuran kuning telur.
6.  Uli perlahan hingga menjadi doh.
7.  Canai doh biskut setebal 3mm (1/8 in) dan terap menggunakan acuan digemari.
8.  Alihkan biskut ke dalam dulang pembakar dengan pisau pelepa.
9.  Gliskan biskut dengan putih telur dan tabur dgn kacang tanah kasar.
10.  Bakar 15-20 minit atau sehingga biskut kuning emas.
11. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.


Biskut ArabPancawarna

Bahan-bahan:

125 gm tepung gandum
60 gm minyak sapi
45 gm gula halus
1/8 camt pewarna kuning, hijau dan merah
60 gm gula icing (diayak) atau gula kastor - untuk saduran
Cawan kecil untuk biskut secukupnya

Cara-cara:

1.  Sediakan dulang pembakar, gris dan panaskan ketuhar 180C.
2.  Gaul ramas tepung, gula dan minyak sapi sehingga menjadi doh.
3.  Bahagikan doh kepada 3 bahagian dan dicampurkan kepada 3 pewarna makanan.
4.  Bulatkan doh dan cantumkan tiga biji doh yang berlainan warna. Masukkan dalam papercup.
5.  susun dalam dulang pembakar dan bakar 15-20 minit hingga masak.
6.  Taburkan gula icing/gula kastor.
7.  Simpan dalam bekas kedap udara.


No comments:

Post a Comment