Sunday 7 July 2013

Biskut Cara Gaul Dan Ramas



Berikutnya anda semua akan memasak biskut iaitu biskut cara gaul ramas seperti yang dinyatakan dalam proforma subjek ini.  Resepi asas bagi biskut berlemak bagi cara gaul dan ramas ini biasanya adalah 1:2, iaitu 1 bahagian lemak bersamaam dengan 2 bahagian tepung. Maka di sini saya upload kan dua resepi asas biskut cara gaul dan ramas untuk anda amali kan di bilik masak nanti.



Biskut Kacang

Bahan-bahan:

125 gm tepung gandum
60 gm mentega
45 gm gula halus
Secubit garam
1 biji kuning telur + 2 cams air sejuk + 1/2 camt esen vanila, dicampur sebati
(putih telur untuk glis pada biskut)
30 gm kacang tanah digoreng dan dibuang kulit dan ditumbuk/dikisar halus

Cara-cara:

1.  Sediakan dulang pembakar, gris dan panaskan ketuhar 180C.
2.  potong mentega kepada ketulan-ketulan kecil menggunakan spatula.
3.  Gaul ramas lemak ke dalam tepung.
4.  Masukkan gula dan ayak kacang ke dalam adunan biskut.
5.  Kacau rata dan masukkan campuran kuning telur.
6.  Uli perlahan hingga menjadi doh.
7.  Canai doh biskut setebal 3mm (1/8 in) dan terap menggunakan acuan digemari.
8.  Alihkan biskut ke dalam dulang pembakar dengan pisau pelepa.
9.  Gliskan biskut dengan putih telur dan tabur dgn kacang tanah kasar.
10.  Bakar 15-20 minit atau sehingga biskut kuning emas.
11. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.


Biskut ArabPancawarna

Bahan-bahan:

125 gm tepung gandum
60 gm minyak sapi
45 gm gula halus
1/8 camt pewarna kuning, hijau dan merah
60 gm gula icing (diayak) atau gula kastor - untuk saduran
Cawan kecil untuk biskut secukupnya

Cara-cara:

1.  Sediakan dulang pembakar, gris dan panaskan ketuhar 180C.
2.  Gaul ramas tepung, gula dan minyak sapi sehingga menjadi doh.
3.  Bahagikan doh kepada 3 bahagian dan dicampurkan kepada 3 pewarna makanan.
4.  Bulatkan doh dan cantumkan tiga biji doh yang berlainan warna. Masukkan dalam papercup.
5.  susun dalam dulang pembakar dan bakar 15-20 minit hingga masak.
6.  Taburkan gula icing/gula kastor.
7.  Simpan dalam bekas kedap udara.


Kek Kaedah Putar

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Untuk amali ke3 anda semua akan belajar mem'baking' kek.  Walau bagaimanapun, seperti anda semua maklum dan telah jelas dinyatakan dalam pro-forma kursus ini anda semua hanya akan belajar basic membuat kek kaedah putar sahaja.  

Di sini saya upload kan 3 resepi kek kaedah putar yang asas iaitu kek pelangi, kek coklat dan kek cawan .  Anda akan dibahagikan mengikut kumpulan untuk menyediakan kek-kek ini.


Kek Pelangi

Bahan-bahan:

100 gm tepung gandum
100 gm gula kastor
100 gm marjerin/mentega
2 biji telur
1 tsp baking powder
1 tsp esen vanila
1/4 tsp pewarna makanan (2 warna)

Cara-cara:

1.  Panaskan ketuhar pada suhu 180C.  Alaskan tin pembakar dengan kertas minyak dan griskan.
2.  Ayak tepung bersama serbuk penaik
3  Putar marjerin/mentega sampai kembang.
4.  Masukkan telur sebiji demi sebiji serta esen vanila.
5.  Kaup balik campuran tepung dan serbuk penaik ke dalam adunan kek menggunakan sudu logam.
6.  Bahagikan adunan kek kepada dua bahagian.
7.  Campurkan satu bahagian adunan dengan satu warna.
8.  Tuang adunan kek tersebut secara berselang seli.
9.  Bakar adunan kek selama 30-35 minit.
10.  Sejukkan di atas redai kek.
11.  Hias kek dan hidangkan.



Kek Coklat

Bahan-bahan:

100 gm tepung gandum
25 gm serbuk koko
125 gm gula kastor
125 gm marjerin/mentega
3 biji telur (dipukul)
1 tsp baking powder
1 tsp esen vanila
2 tsp susu

Cara-cara:

1.  Panaskan ketuhar pada suhu 180C.
2.  Alaskan tin pembakar dengan kertas minyak dan griskan.
3.  Ayak tepung gandum, serbuk koko dan baking powder bersama-sama.
4.  Putar marjerin/mentega dengan gula sehingga kembang.
5.  Masukkan telur sedikit demi sedikit.
6.  Kaup balikkan campuran tepung gandum, serbuk koko dan baking powder yang telah diayak ke dalam adunan  kek.
7.  Campurkan susu dan kaup balikkan hingga sebati.
8.  Tuang ke dalam tin pembakar dan bakar selama 30-40 minit.
9.  Sejukkan sebelum dihias dan dihidangkan.




Kek Cawan

Bahan-bahan:

100 gm tepung gandum
100 gm gula kastor
100 gm marjerin/mentega
2 biji telur
1 tsp baking powder
1 tsp esen vanila 
2 tbs jem

Cara-cara:

1.  Panaskan ketuhar pada suhu 180C.
2.  Alaskan dua tin pembakar dengan kertas minyak dan griskan.
3.  Ayak tepung bersama serbuk penaik.
4.  Putar marjerin/mentega dengan gula sehingga kembang.
5.  Masukkan telur sebiji demi sebiji serta esen vanila dan dipukul sebati .
6.  Kaup balikkan campuran tepung dan adun sebati.
7.  Tuang adunan ke dalam dua tin pembakar yang telah dialas dan digriskan dan bakar 20-25 minit.
8.  Sejukkan kek dan sapukan jem pada satu kek dan letakkan satu kek lagi di atasnya.
9.  Hiaskan sebelum dihidangkan.

*******************************************************************
Seterusnya anda juga akan belajar asas untuk meng 'icing'  kek.  Saya telah  upload kan di sini 3 jenis aising asas iaitu  buttercream icing, chocolate ganache dan juga cream cheese topping . So, enjoy your baking class this week!
Buttercream Icing

40 gm butter

125 gm creamwell
1/4 cawan gula icing
1 tbs  golden sirap


 Cara-cara:

1.  Potong butter kecil.

2.  Kemudian satukan butter bersama creamwell dan pukul hingga kembang dan putih
3.  Gula icing diayak. Masukkan gula icing dan golden sirap ke dalam butter yg telah dipukul kembang tadi.Gaul rata semua bahan ini dengan menggunakan spatula hingga bercampur sebati.
4.  Kemudian bolehlah di letakkan pewarna mengikut warna pilihan.
5.  Masukkan butter cream dalam piping bag dengan nozel pilihan dan bolehlah paip kan pada kek.

Chocolate Ganache

60 gm whipping cream/ putar / susu cair
100 gm coklat masakan, dicincang kasar
1 tbs mentega

Cara-cara:

1.  panaskan krim/susu hingga mendidih, tutup api dan angkat.
2.  Masukkan coklat masakan ke dalam krim/susu dan kacau hingga coklat cair.
3.  Masukkan mentega dan kacau sebati.Biarkan sejuk.
4.  Curahkan ke atas kek dan hiaskan sebelum dihidangkan.


Cream Cheese Topping

Bahan-bahan:

125 gm cream cheese
2 sudu besar butter
2 sudu besar gula icing ~ diayak
1 sudu kecil jus lemon atau pes lemon

Cara-cara:

1.  Campurkan kesemua bahan dan pukul sehingga lembut dan gebu.
2.  Masukkan adunan dalam piping bag
3.  Simpan sebentar dalam peti ais anggaran 15 ~ 20 minit 
4.  Pipingkan atas kek yg telah sejuk tadi.
5.  Taburkan sedikit dengan hiasan disukai.
6.  Hias ikut kreativiti masing2.
7.  Masukkan dlm peti ais semula supaya adunan cream cheese mengeras sedikit.