Wednesday 26 June 2013

Hasil Amali Pertama Grup RBT1

Assalamualaikum w. b. t.

Ini adalah gambar-gambar sebahagian daripada hasil amali grup RBT1 pada hari Isnin lepas. Not bad kan? So untuk grup RBT2 yang akan membuat amali pada hari Khamis cuba buat yang terbaik k...Happy cooking ye...


Pancake Mudah









Keledek Goreng Rangup




Sunday 23 June 2013

Carta Sukatan


My Dear RBT1& RBT2 Students, 


Berikut adalah carta sukatan yang boleh anda jadikan sebagai panduan dalam kerja-kerja amali anda! Print & paste it in your tool box! TQ.


Bater




Untuk amali pertama anda pada minggu ini, anda akan membuat dua jenis bater dan sejenis minuman.  Bagi bater cair kita akan memasak pancake mudah seperti resepi yang dipaparkan di bawah.  Manakala bagi  bater pekat (sadur) anda akan memasak keledek goreng. 

Berdasarkan kepada resepi asas bater cair dan juga bater pekat seperti yang telah diterangkan dalam kelas teori, beberapa bahan lain boleh ditambah bagi menambah khasiat dan juga rasa kepada masakan.  Bagi pancake,  anda boleh menambahkan pisang seperti yang dinyatakan dalam resepi, jagung krim ataupun kelapa jika suka, ataupun dibiarkan kosong begitu sahaja.

Begitu juga bagi resepi bater pekat (sadur) anda boleh mempelbagaikan bahan yang disadur. Selain daripada keledek anda juga boleh menggunakan pisang, ubi kayu dan sayur-sayuran.  Bagi merangupkan bater apabila digoreng pula terdapat beberapa petua yang boleh digunakan, seperti mencampurkan adunan bater dengan sedikit cuka, telur ataupun air kapur.



Pancake Mudah
Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu segar
1/4 tsp garam
1 biji telur
1 tsp baking powder
1 tbs gula
1 tbs minyak masak
1 biji pisang, dihiris/dikiub (jika suka)

Cara-cara:
1.  Ayak tepung,baking powder dan garam ke dalam mangkuk adunan.  Buat telaga di tengah-tengah.
2.  Pukul telur dan gula hingga sebati. Masukkan ke dalam telaga.  
3.  Masukkan minyak dan separuh daripada susu   ke dalam telaga dan kacau sebati.
4. Tambah kan lebihan susu sedikit demi sedikit hingga memperolehi konsistensi yang diperlukan.  Pukul adunan dengan  pemukul telur hingga berbuih.  Pastikan adunan tidak berketul.
5.  Lengserkan kuali leper dengan sedikit minyak. Sendukkan adunan ke dalam kuali leper dan taburkan dengan hirisan pisang jika suka. Goreng hingga kekuningan.
6.  Hidangkan dengan madu, sos coklat, sirap strawberi atau sirap kegemaran.


  Keledek Goreng Rangup
Bahan-bahan:
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung beras
1/2 cawan air
1/4 tsp garam
1 tbs cuka
1/4 tsp pewarna kuning /serbuk kunyit
2 ketul keledek, dibersihkan dan dipotong

Cara-cara:
1.  Ayak tepung dan garam ke dalam mangkuk adunan. Buat telaga di tengah-tengah.
2.   Masukkan separuh daripada air dan kacau sebati.
3.  Tambahkan lebihan air sedikit demi sedikit sehingga memperolehi konsistensi yang betul.
4.  Masukkan keledek yang telah dipotong kecil dan gaul sebati.
5.  Panaskan minyak dalam kuali dan goreng keledek dalam minyak penuh hingga kekuningan.
6.  Angkat dan toskan sebelum dihidangkan.


Seterusnya untuk minuman anda akan menyediakan minuman merangsangkan iaitu air teh.  Berikut adalah resepi asas untuk minuman tersebut:


Air Teh 
Bahan-bahan:
1 uncang teh
500 ml air panas
1 mangkuk gula
1 mangkuk susu

Cara-cara:
1.  Didihkan air.
2.  Panaskan teko dengan sedikit air mendidih.
3.  Masukkan uncang teh ke dalam teko.
4.  Tuangkan air mendidih ke dalam teko teh.
5.  Tutup teko dan biarkan teh menyeduh selama 5 minit.
6.  Hidangkan teh bersama gula dan susu secara berasingan.