Wednesday, 18 September 2013

Pastri

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!  

Pertamanya, selamat kembali ke kampus setelah menjalani latihan praktikum selama 2 bulan!
Untuk amali pada minggu terakhir ini anda akan belajar menyedia dan memasak pastri rapuh. Di sini saya uploadkan resepi  asas untuk pastri pedas/savori iaitu pai. Anda juga boleh menggunakan resepi asas ini untuk membuat karipap ataupun sardin gulung.  Bagi inti,  anda boleh inovasikan dan bawa bahan-bahan sendiri ok (e.g sardin, tuna, daging etc...)




Bahan-bahan Asas Pastri Savori:
Bahan-bahan:
125 gm tepung gandum
60 gm marjerin
1/8 tsp garam
2-3 tbs air sejuk

Cara-cara:
1.  Ayak tepung dan garam.  Masukkan tepung gandum, garam dan marjerin ke dalam mangkuk adunan.
2.  Dengan menggunakan pisau pelepa, potongkan marjerin beku kepada ketul-ketul kecil .
3.  Gaul ramas marjerin dan tepung sehingga menjadi serbuk roti dengan menggunakan hujung jari.
4.  Masukkan air dan adunkan sehingga menjadi doh.  Untuk membuat pai, bahagikan kepada dua biji doh.  Rehatkan doh di dalam peti sejuk selama 30 minit.
5.  Canai 1 doh pastri di atas papan canai yang ditaburkan dengan sedikit tepung.  Canai sehingga 2mm (1/8 in) tebal.  6.  Terap pastri dengan penerap bulat.
7.  Letakkan ke dalam acuan pembakar yang telah digriskan.  Cucuk dengan garfu dan bakar 5-6 minit.
8.  Masukkan inti pai ke dalam acuan berisi base pai yang telah dibakar tadi.
9.  Canaikan 1 lagi doh pastri sehingga 1/8 inci tebal untuk dijadikan lapisan atas (topping) pai
10.  Sapukan lapisan atas pai dengan kuning telur yang dicampur dengan 1 tsp air.  Cucuk sedikit dengan menggunakan pisau.
11.  bakar 10-20 minit dengan suhu 200C sehingga masak atau keperang-perangan.


Bagi pastri manis pula, secara asasnya anda masih menggunakan sukatan asas yang sama seperti pastri savori, kecuali anda tambahkan  gula kerana pastri ini adalah pastri manis dan dimasukkan telur untuk menyedapkan lagi rasanya.  Sukatan air sejuk pula dikurangkan sedikit kerana telur yang ditambah juga merupakan cecair.  Berikut adalah resepi asasnya:

Bahan-bahan Pastri Manis:
125 gm tepung gandum
60 gm marjerin
1/8 tsp garam
1 biji telur
1 tsp gula
1-2 tbs air sejuk

Contoh pastri manis adalah tat telur.  Selain telur, anda boleh menginovasikan intinya dengan bahan-bahan lain yang dibawa sendiri.

Cara-cara:

1.  Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk adunan, kecuali telur, gula dan air.
2.  Gaul ramas tepung dan lemak sehingga menjadi serbuk roti.
3.  Masukkan gula.  Kemudian campurkan telur yang telah dibancuh dengan 1 tbs air sejuk, gaul hingga menjadi doh.  Jika doh kering, tambahkan sedikit air sejuk.  Rehatkan doh 30 minit dalam peti sejuk sebelum digunakan.
4.  Canai doh 1/2 cm dan terap menggunakan penerap bulat.
5.  Letakkan dalam acuan pembakar yang telah digriskan dan dialas dengan acuan kertas.
6.  Cucukan dengan garfu.
7. Bakar separa masak 10 minit pada suhu 180C
8.  Keluarkan dan tuang adunan kastad telur ke dalam tart.
9.  Bakar semula 5 minit.
10.  Sejukkan sebelum dihidangkan.

Bahan-bahan Kastad Telur (untuk inti):
1/4 cawan susu
1 biji telur
1/4 cawan gula
1/4 cawan air
2 tsp tepung kastad
1/8 tsp esen vanila

Cara-cara
1.  Campurkan semua bahan dan kacau sebati.
2.  Tuang ke dalam kulit tart yang telah dibakar separa masak 3/4 penuh.
3.  Bakar 5 minit sehingga masak (gunakan api bawah sahaja).
4.  Sejukkan sebelum dihidangkan.